Ilah's Life
The Intro
Entries Owner Love
Assalamualaikum, welcome peeps. Please be nice here:3

Instagram
CURRENTLY : Alien(s) 
MOOD : I love You Muhamad Anas Al-Asyraf

My Tagboard

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Tuesday 4 August 2015 • Permalink • Add comment {0}

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamulaikum dan selamat pagi semua. Syukur Alhamdulillah kita masih diberi kesihatan yang sempurna oleh Allah S.W.T. Ilah bersyukur sangat-sangat kerana masih berpeluang menjalani ibadah puasa dan meraikan aidilfitri bersama keluarga yang tersayang pada tahun ini In Shaa Allah tahun-tahun yang akan mendatang juga. 

Korang apa khabar? Ilah sihat walafiat. Maaf la sebab dah lama sangat Ilah menghilangkan diri. Yela kan, sekarang ni kan dah ramai yang beriadah di Facebook, Instagram, Twitter dan yang seangkatan dengannya kan. Ilah lebih banyak meluangkan masa di Instagram dan Facebook. Nak tau ig Ilah? Klik ja dekat ikon Instagram tu, automatik korang akan jumpa ig Ilah.  Ada yang rindu Ilah tak ni? Hah? Ada, Alhamdulillah, hehehe, 

Raya tahun ni macam tahun-tahun yang lepas ja, sederhana tetapi meriah. Ilah tak sempat nak buat kuih raya sebab asyik tertangguh ja kerjanya, huhuhu. Semuanya kuih "tunjuk" tapi korang tahu tak, sedap macam buat sendiri. Paling Ilah suka kuih tart nenas @ kuih gulung nenas. Nama ja lain-lain tapi rasa & fizikalnya sama ja melainkan struktur kelembutan & cair or tak masa kita makan tu. Acewah, macam la engkau pandai buat kuih raya Ilah oiii, siap dengan kelembutan & cair bagai. 

Sebut pasal raya, tak sah la kalau takdak baju raya baru kan? Tapi sebenarnya, kalau takdak baju raya baru pon kita masih boleh beraya. Tahun ni, keluarga Ilah masing-masing sama warna baju dengan pasangan dan anak-anak, termasuk la mama & abah. Ilah ja forever alone pakai baju warna turquoise. Asalnya dah sepakat dengan mama & abah nak pakai warna turquoise la konon, sekali sehari sebelum raya mama & abah boleh pulak keluar dating berdua beli baju warna sedondon. Jadinya, pagi-pagi raya tu, Ilah sorang jela pakai baju kurung warna turquoise ( Encik buah hati pakai warna koko, sakit pulak hati kita). 

Eh, banyak sangat dah Ilah berleter pasal hari raya. Cukup-cukup la tu, Ilah nak masuk tidur dah. Sebelum tu, Ilah nak mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin yer. Maaf la sebab wish dekat korang lambat sangat. In Shaa Allah lepas ni Ilah akan on selalu blog yang makin berhabuk ini. Assalamualaikum