Ilah's Life
The Intro
Entries Owner Love
Assalamualaikum, welcome peeps. Please be nice here:3

Instagram
CURRENTLY : Alien(s) 
MOOD : I love You Muhamad Anas Al-Asyraf

My Tagboard

Makin rindu
Tuesday 22 March 2016 • Permalink • Add comment {0}

Assalamualaikum. Ya Allah, dah lama sangat Ilah tak buka blog kesayangan ni. Sekarang baru sempat nak edit bagi jadi blog yang agak dewasa sikit. Kalau tak sebelum ni macam kanak-kanak sangat kan.

Alhamdulillah, umur dah makin meningkat dewasa, dah makin tua, makin bertambah sihat, sihat, dan sihat, & Ilah dah boleh kahwin dah ni, ahahah. Macam-macam Ilah nak cerita kalau ikutkan. Tapi lepas ni Ilah cuba la kerap-kerap kali buka blog kesayangan ni & cerita apa yang Ilah nak. 

Masuk zaman umur 21 tahun ni macam-macam dugaan sebenarnya. Ada yang suka, ada yang duka. Tapi, Alhamdulillah Ilah masih dapat kawal & hadapi dugaan-dugaan tu semua dengan baik hasil nasihat & dorongan keluarga, kawan-kawan & encik kesayangan. Perubahan demi perubahan yang Ilah cuba buat untuk memperbaiki diri sendiri jadi lebih baik dari Ilah yang dulu. 

Cerita tahun-tahun yang lepas banyak mengajar Ilah untuk membuat perubahan ke yang lebih positif. Ilah bukan tak kisah dengan tomahan orang sekeliling, tapi sebenarnya kalau kita asyik fikir apa yang orang nak cakap tentang kita hal-hal yang dulu tu, sampai bila kita dengar & hadam semua tu tanpa buat perubahan yang lebih baik kan? Ilah dah ambil semua tu sebagai semangat untuk Ilah berubah demi diri sendiri, keluarga & Ilah harap sangat dapat ubah persepsi orang terhadap Ilah. 

Hah! Ilah terperangkap dengan mood sedih pulak dah ni. Okay-okay, part happy pulak. Walaupun Ilah rasa dugaan untuk tahun 2016 ni dugaan yang agak berat berbanding tahun-tahun yang lepas untuk Ilah, keluarga & encik kesayangan, nasib menyebelahi Ilah yang dah terumbang ambing tunggu untuk sambung study. Ilah dapat further study dekat UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat. Even jauh dari family, kawan-kawan semua, Ilah relakan jugak hati yang berat ni. Dah hampir sebulan lebih dah Ilah stay sini. Alhamdulillah, semua okay ja even kadang-kadang tu tak paham sangat pon apa yang lecturer ajar dalam kelas, tapi gagahkan jugak. Kawan-kawan pon baik-baik sahaja. Semua bantu sesama lain time discussion. 

Okay la, itu ja kot bebelan Ilah kali ni, see you in the next post. Assalamualaikum